Monday, July 18, 2011

Sejarah pembentukan SMK KD10

    Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara mula ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dengan pelantikan rasmi pengetua pertama iaitu En. Ghumiat bin Kamdi pada tarikh berkenaan. Sekolah mula beroperasi pada 3 Januari 2001 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara pada sesi petang. Sekolah bermula dengan 20 orang guru, 437 orang pelajar yang ditempatkan di 8 kelas Tingkatan 1 dan 3 kelas Peralihan. Kakitangan bukan guru melapor diri pada bulan Februari, Sementara guru pula, pada hujung tahun menjadi 27 orang.
        
          Mulai 2 Januari 2002, sekolah mula beroperasi di premis sendiri yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara, bersebelahan Taman Botani Kota Damansara. Bangunan sekolah telah dibina oleh Konsotium Kontraktor Bumiputera Malaysia, berkonsepkan ‘design and build’. Guru telah bertambah menjadi 45 orang manakala pelajar pula menjadi 802 orang (56 % Melayu, 24% Cina dan 20% India). Bermula dengan 3 kelas Peralihan, 11 kelas Tingkatan 1 dan 9 kelas Tingkatan 2.Kepesatan pertambahan murid menjadikan tahun 2006 menyaksikan pembukaan Tingkatan 6 Bawah. Sebuah kelas aliran sains dan 2 buah kelas aliran kemanusian melengkapkan bilangan kelas keseluruhan menjadi 61 buah kelas. 
         
          Tahun 2007 mencatatkan lakaran sejarah baru lagi kerana pembukaan Tingkatan 6 Atas, sebuah kelas aliran sains dan 3 buah kelas aliran kemanusiaan, Kini (2010), Bilangan murid sekolah ini telah mencecah 2,253 orang. Melayu81.9%, Cina 6.3%, India11.5% dan lain-lain 0.3%. Bilangan kelas ialah 85 kelas dan bilangan guru seramai 168 orang. Staf sokongan pula seramai 14 orang.

No comments:

Post a Comment