Saturday, July 16, 2011

Hari kokurikulum: 16/7/2011

  Assalamualaikum semua. Pada hari ini, sekolah kami telah mengadakan hari kokurikulum kali ke-10.
Pada awal pagi kami mengadakan senamrobik bersama guru-guru pengiring. Semua guru-guru dan murid-murid sangat gembira. Kemudian murid-murid dibenarkan ke gerai-gerai yang dibuka sendiri oleh murid SMK KD10 yang bertempat di kantin sekolah. Pelbagai jenis makanan dijual dengan harga yang sangat berpatutan.


Pada masa yang sama, acara kawad kaki unit beruniform diadakan di tapak perhimpunan sekolah.
Acara disertai oleh semua unit beruniform sekolah.

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

Kadet Polis (KP)
Kadet Bomba
Puteri Islam (PPIM)
Setelah selesai acara kawad kaki kemudian penilaian dibuat pula oleh guru-guru pemeriksa barisan. Sementara itu, murid-murid boleh melihat pameran yang dianjurkan seperti pameran daripada bahagian Bomba Sungai Buloh dan bahagian Polis Sungai Buloh. Terdapat juga pameran yang dianjurkan oleh panitia Agama Islam. Selain itu, terdapat permainan yang disediakan oleh murid-murid sendiri seperti RUMAH HANTU, CATCH N TAKE FISH, FUN WITH SCIENCE dan sebagainya --->





Pembedahan katak ini dilakukan oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek sains tulen seperti kelas 4 Adil, 4 Aktif, 5 Adil dan 5 Aktif. Menarik bukan? Pelajar hanya perlu membayar RM1 sahaja. Selepas beberapa jam kemudian, acara penyampaian hadiah pula dilakukan untuk acara kawad kaki. Tempat ketiga disandang oleh Kadet Bomba --->
Tempat kedua pula Kadet Remaja Sekolah (KRS) --->
Dan untuk pengetahuan semua pasukan KRS kami akan mewakili sekolah ke peringkat negeri.

Manakala tempat pertama disandang oleh Kadet Polis. Tahniah kepada para pemenang. --->
Pemenang keseluruhan (kem perdana,pemakaian baju uniform) pula dimenangi oleh PBSM.
Selesai sahaja majlis penyampaian hadiah maka tamatlah sudah sambutan hari kokurikulum tahun 2011.

No comments:

Post a Comment