Friday, July 15, 2011

Hari sukan: 6/7/2011

Stadium Petaling Jaya
Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 6/7/2011, untuk pertama kalinya sekolah kami telah mengadakan Hari Sukan di Stadium Sukan Petaling Jaya. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di sekolah terlebih dahulu untuk bersiap sedia menaiki bas. Pelajar diminta berkumpul dan berada di sekolah tepat pada pukul 6.30 pagi untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas. Banyak aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut.
Sampai sahaja di sana, tempat telah dibahagikan kepada setiap rumah sukan masing-masing.

 
Penyokong rumah Perdana / Kuning


Penyokong rumah Wira / Hijau bersama cheerleaders mereka
 Penyokong rumah Satria / Biru *_*

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah acara lumba lari --->


Murid SMK KD10 ni baik-baik dan saling membantu antara satu sama lain. Buktinya --->
Para peserta yang sudah tidak larat, pengsan atau pitam akan dibantu oleh sukarelawan PBSM yang menjaga tidak kira lelaki atau perempuan. Kalau bersatu hati macam ni baru program berjalan dengan lancar. Betul tak? Selain itu, ada juga acara lontar peluru --->
Setelah selesai acara lumba lari dan lontar peluru, maka tiba saatnya untuk acara perbarisan kawad kaki rumah sukan. Setiap rumah sukan menghantar wakil untuk acara ini --->
Rumah Perdana / Kuning 
Bertemakan: bunga matahari 
Rumah Waja / Merah
Bertemakan: hot & spicy
Rumah Satria / Biru
Bertemakan: butterfly
Rumah Wira / Hijau
Bertemakan: incredible hulk 

Penilaian markah sedang dibuat --->

Sekarang tibalah saat yang dinanti nantikan iaitu pengumuman pemenang (rumah sukan) --->
Tempat 1 : RUMAH WIRA
Tempat 2: RUMAH WAJA
Tempat 3: RUMAH PERDANA
Tempat 4 : RUMAH SATRIA

Dan pengumuman OLAHRAGAWAN & OLAHRAGAWATI 2011
OLAHRAGAWAN : AARON LIM
OLAHRAGAWATI :
Acara penutup dibuat oleh Pengetua & Penolong Kanan SMK KD10

Tepat jam 2 petang semua warga SMK KD10 dibenarkan pulang --->

Kami berharap agar dapat menyambut hari sukan di sini pada tahun hadapan 2012. Sekian. *_*

No comments:

Post a Comment