Sepanjang minggu lepas iaitu 18-22/7/11 minggu vokasional telah menganjurkan pelbagai acara yang boleh disertai para pelajar. Antara acara yang ada ialah pertandingan memasak, kuiz kemahiran hidup, kuiz perdagangan , merekacipta blog dan sebagainya. Pada 25/7/2011 penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang diadakan dan untuk acara rekacipta blog tempat pertama dimenangi oleh Zarif Haqeem daripada tingkatan 5 tempat ke dua dimenangi oleh shahirah hafizan dan aimi juga daripada tingkatan 5 dan blog ini telah berjaya mendapat tempat ketiga. Blog ini telah direka oleh NOOR INSYIRA MOKHTAR dan HAZIRAH HALIM YATIM. Jika anda berminat untuk melihat blog pereka blog ini sendiri sila tekan link di bawah
Tuesday, July 26, 2011
Thursday, July 21, 2011
21/07/2011 Kedatangan UNITAR
Pada hari ini sekolah kami dihadiri oleh wakil UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNITAR)
*Puan Leena (first section) & *En Ahmad Kamal (second section). Pada 28/6/11 yang lalu kami telah ke sana. Jadi kali ini mereka pula ke sini. Banyak yang kami dapat tapi sayangnya masa terlalu singkat hanya 2 jam (11-1 pm). Yang paling menarik kami dapat mengetahui bagaimana nak mengecam sesuatu folder yang seseorang telah buang atau senang cakap (we can find out the folder that has been deleted ) sangat menarik kerana sebelum ini kami semua tidak tahu caranya. Anda boleh mencarinya di
*Ftk(free)
*encase(download)
Ok. Itu sahaja untuk hari ini kami harap akan ada lagi pertemuan dengan UNITAR dengan itu ilmu kami dalam IT akn meningkat.
Tuesday, July 19, 2011
Lawatan: 29/6/2011
Assalamualaikum semua. Pada 29/6 yang lalu sekolah kami telah mengadakan lawatan ke UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK (UNITAR)
Murid yang terlibat dalam lawatan ini ialah daripada kelas 4 Bestari, 5 bestari dan separuh daripada kelab komputer. Kami ke sana bersama dua orang guru iaitu En Azim dan En Azman.
Tujuan kami ke sana adalah untuk mengetahui kerjaya-kerjaya dlm bidang ICT dengan lebih mendalam. Kami ke sana dengan menaiki bas. Setibanya di sana kami bersarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak universiti.
Kami telah di beri ulasan mengenai kerjaya ICT . --->
Wakil dari setiap sekolah di jemput naik ke pentas untuk menceritakan serba sedikit tentang apa yang telah dipelajari di sekolah masing-masing dan menceritakan keadaan di sekolah (makmal ict). --->
Kami mendengarnya dengan teliti dan ada yang mengambil isi-isi penting dan mencatatnye ke dalam buku catatan. --->
Monday, July 18, 2011
Ikrar pelajar SMK KD10
Bahawa sesungguhnya kami pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara
dengan penuh keinsafan , berikrar dan berjanji akan:
-Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh
-Mencintai ilmu dan pelajaran dengan sepenuh hati
-Berakhlak mulia dan berdisiplin pada setiap waktu
-Sentiasa menjaga kebersihan diri dan keindahan sekolah
-Menjaga nama baik dan mengharumkan nama sekolah
-Menghormati dan patuh kepada guru-guru serta kasih dan taat kepada ibu bapa
-Menjalin hubungan yang baik, mesra dan harmoni dengan rakan-rakan
Maka dengan ini kami berikrar dengan sagala daya dan usaha kami untuk mencapai cita-cita murni kami, sekolah dan negara.
Lagu SMK KD10
Ilmu penyuluh hari muka
Akan ku tuntut sepenuh jiwa
Selagi hayat diperlu dunia
Akan ku timba akan ku teroka
Nama sekolah ku sanjungi
Restu pendidik mengiringi
Insan cemerlang ku idami
Sahsiah unggul penghias diri
Janjiku pada diri
Janjiku pada semua
Menjadi insan berbakti
Hidup beradab di mana jua
Lagu: Azmeer
Lirik: Ghumiat Kamdi
Identiti SMK KD10
Visi sekolah:
Melahirkan Insan Beradab
Misi sekolah:
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara akan sentiasa berusaha untuk memberi perhatian yang penuh untuk memastikan program kurikulum dan kokurikulum yang cemerlang., pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan, pembentukan sahsiah warga sekolah yang kondusif dan selamat serta hubungan yang erat dengan komuniti dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang mencukupi dan prasarana yang lengkap.
Sejarah pembentukan SMK KD10
Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara mula ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dengan pelantikan rasmi pengetua pertama iaitu En. Ghumiat bin Kamdi pada tarikh berkenaan. Sekolah mula beroperasi pada 3 Januari 2001 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara pada sesi petang. Sekolah bermula dengan 20 orang guru, 437 orang pelajar yang ditempatkan di 8 kelas Tingkatan 1 dan 3 kelas Peralihan. Kakitangan bukan guru melapor diri pada bulan Februari, Sementara guru pula, pada hujung tahun menjadi 27 orang.
Mulai 2 Januari 2002, sekolah mula beroperasi di premis sendiri yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara, bersebelahan Taman Botani Kota Damansara. Bangunan sekolah telah dibina oleh Konsotium Kontraktor Bumiputera Malaysia, berkonsepkan ‘design and build’. Guru telah bertambah menjadi 45 orang manakala pelajar pula menjadi 802 orang (56 % Melayu, 24% Cina dan 20% India). Bermula dengan 3 kelas Peralihan, 11 kelas Tingkatan 1 dan 9 kelas Tingkatan 2.Kepesatan pertambahan murid menjadikan tahun 2006 menyaksikan pembukaan Tingkatan 6 Bawah. Sebuah kelas aliran sains dan 2 buah kelas aliran kemanusian melengkapkan bilangan kelas keseluruhan menjadi 61 buah kelas.
Tahun 2007 mencatatkan lakaran sejarah baru lagi kerana pembukaan Tingkatan 6 Atas, sebuah kelas aliran sains dan 3 buah kelas aliran kemanusiaan, Kini (2010), Bilangan murid sekolah ini telah mencecah 2,253 orang. Melayu81.9%, Cina 6.3%, India11.5% dan lain-lain 0.3%. Bilangan kelas ialah 85 kelas dan bilangan guru seramai 168 orang. Staf sokongan pula seramai 14 orang.
Saturday, July 16, 2011
Hari kokurikulum: 16/7/2011
Assalamualaikum semua. Pada hari ini, sekolah kami telah mengadakan hari kokurikulum kali ke-10.
Pada awal pagi kami mengadakan senamrobik bersama guru-guru pengiring. Semua guru-guru dan murid-murid sangat gembira. Kemudian murid-murid dibenarkan ke gerai-gerai yang dibuka sendiri oleh murid SMK KD10 yang bertempat di kantin sekolah. Pelbagai jenis makanan dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
Pada masa yang sama, acara kawad kaki unit beruniform diadakan di tapak perhimpunan sekolah.
Acara disertai oleh semua unit beruniform sekolah.
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
Kadet Polis (KP)
Kadet Bomba
Puteri Islam (PPIM)
Setelah selesai acara kawad kaki kemudian penilaian dibuat pula oleh guru-guru pemeriksa barisan. Sementara itu, murid-murid boleh melihat pameran yang dianjurkan seperti pameran daripada bahagian Bomba Sungai Buloh dan bahagian Polis Sungai Buloh. Terdapat juga pameran yang dianjurkan oleh panitia Agama Islam. Selain itu, terdapat permainan yang disediakan oleh murid-murid sendiri seperti RUMAH HANTU, CATCH N TAKE FISH, FUN WITH SCIENCE dan sebagainya --->
Pembedahan katak ini dilakukan oleh pelajar-pelajar yang mengambil subjek sains tulen seperti kelas 4 Adil, 4 Aktif, 5 Adil dan 5 Aktif. Menarik bukan? Pelajar hanya perlu membayar RM1 sahaja. Selepas beberapa jam kemudian, acara penyampaian hadiah pula dilakukan untuk acara kawad kaki. Tempat ketiga disandang oleh Kadet Bomba --->
Tempat kedua pula Kadet Remaja Sekolah (KRS) --->
Dan untuk pengetahuan semua pasukan KRS kami akan mewakili sekolah ke peringkat negeri.
Manakala tempat pertama disandang oleh Kadet Polis. Tahniah kepada para pemenang. --->
Pemenang keseluruhan (kem perdana,pemakaian baju uniform) pula dimenangi oleh PBSM.
Selesai sahaja majlis penyampaian hadiah maka tamatlah sudah sambutan hari kokurikulum tahun 2011.
Friday, July 15, 2011
Hari sukan: 6/7/2011
Stadium Petaling Jaya
Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 6/7/2011, untuk pertama kalinya sekolah kami telah mengadakan Hari Sukan di Stadium Sukan Petaling Jaya. Semua pelajar dikehendaki berkumpul di sekolah terlebih dahulu untuk bersiap sedia menaiki bas. Pelajar diminta berkumpul dan berada di sekolah tepat pada pukul 6.30 pagi untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas. Banyak aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut.
Sampai sahaja di sana, tempat telah dibahagikan kepada setiap rumah sukan masing-masing.

Penyokong rumah Perdana / Kuning
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah acara lumba lari --->
Murid SMK KD10 ni baik-baik dan saling membantu antara satu sama lain. Buktinya --->
Para peserta yang sudah tidak larat, pengsan atau pitam akan dibantu oleh sukarelawan PBSM yang menjaga tidak kira lelaki atau perempuan. Kalau bersatu hati macam ni baru program berjalan dengan lancar. Betul tak? Selain itu, ada juga acara lontar peluru --->
Setelah selesai acara lumba lari dan lontar peluru, maka tiba saatnya untuk acara perbarisan kawad kaki rumah sukan. Setiap rumah sukan menghantar wakil untuk acara ini --->
Rumah Perdana / Kuning
Bertemakan: bunga matahari
Rumah Waja / Merah
Bertemakan: hot & spicy
Rumah Satria / Biru
Bertemakan: butterfly
Rumah Wira / Hijau
Bertemakan: incredible hulk
Penilaian markah sedang dibuat --->
Sekarang tibalah saat yang dinanti nantikan iaitu pengumuman pemenang (rumah sukan) --->
Tempat 1 : RUMAH WIRA
Tempat 2: RUMAH WAJA
Tempat 3: RUMAH PERDANA
Tempat 4 : RUMAH SATRIA
OLAHRAGAWAN : AARON LIM
OLAHRAGAWATI :
Acara penutup dibuat oleh Pengetua & Penolong Kanan SMK KD10
Tepat jam 2 petang semua warga SMK KD10 dibenarkan pulang --->
Kami berharap agar dapat menyambut hari sukan di sini pada tahun hadapan 2012. Sekian. *_*
Subscribe to:
Posts (Atom)