Sunday, November 20, 2011

Selamat bercuti

Admin ingin mengucapkan Selamat bercuti kepada murid tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Cuti cuti jugak belajar jangan lupa. Terutama untuk murid tingkatan 2 kerana tahun depan anda pula akan menduduki peperiksaan PMR dan jugak murid tingkatan 4. Buat murid tingkatan 5 pula, selamat berjuang untuk peperiksaan SPM. Jangan malas-malas ulang kaji. Nanti pemeriksa nak tanda kertas pon malas jugak ok. Sekian.

RM100

Pada hari Jumaat lepas bersamaan 18/11/2011, murid SMK KD10 telah pon mendapat duit RM100 pemberian kerajaan untuk penggunaan persekolahan tahun 2012. Kepada murid yang telah pond apat duit tu, janganlah beli benda yang tidak berfaedah ye. Manfaatkan duit itu sepenuhnya untuk sesi persekolahan tahun depan. Kepada murid tingkatan 5 tahun 2011 yang tak dapat tu, jangan jealous dengan kami. haha. Sekian. 

Tuesday, September 06, 2011

Selamat menjawab

Assalamualaikum hari ni bermulanya peperiksaan percubaan SPM negeri selangor. Kami ingin mengucapkan Selamat Menjawab. Di sinilah anda boleh menunjukkan tahap anda sebelum peperiksaan sebenar mula. Peperiksaan ini bermula dari 6/9/2011 sehingga 28/9/2011. Mengambil masa hampir sebulan ini adalah kerana jadual dan waktu yang diperuntukkan mengikut format SPM. Mulakanlah dengan BISMILLAH. Terima kasih.

Thursday, August 04, 2011

Selamat berpuasa

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Kepada murid beragama Islam, pada waktu rehat anda di minta untuk ke surau bersama-sama bertadarus. Kerjasama anda amat dihargai.



1-5/8/2011

Minggu ini merupakan minggu bidang kemanusiaan. Pelbagai aktiviti telah disediakan diantaranya ialah, membuat risalah hari kebesaran Islam, imam muda, dan lain-lain. Jadi murid-murid diminta untuk menyertai acara yang telah disediakan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada papan kenyataan di kelas anda.